Yakinlah kita bahawa setiap penyakit yang didatangkan Allah, pasti ada ubatnya, kecuali mati.
PENYAKIT GOUT
Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat. Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. Sila lihat: Metabolisme asid urik
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi.
PUNCA DAN SINDROM
Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.
Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.
Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia (sila lihat di bawah) boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.
DIOGNASIS
Diagnosis biasa dilaksanakan melalui dasar klinikal, walaupun ujian-ujian diperlukan untuk mengesahkan penyakit.
Hiperurisemia merupakan ciri yang biasa; bagaimanapun, aras urat tidak selalunya tinggi (Sturrock 2000). Hiperurisemia ditakrifkan sebagai kandungan plasma urat (asid urik) yang melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL) untuk lelaki, dan sekitar 380 μmol/L bagi perempuan. Selain itu, aras urat juga akan jatuh ke dalam julat normal bagi dua pertiga daripada semua kes (Siva et al 2003). Jika gout dicurigai, urat serum harus diulangi sebaik sahaja serangan telah reda. Ujian-ujian darah yang lain yang biasa dilakukan termasuk kiraan darah lengkap, elektrolit, fungsi renal, dan kadar pemendapan eritrosit (ESR). Kesemua ini bertindak untuk menidakkan sebab-sebab yang lain, khususnya artrisis sepsis.
Diagnosis muktamad bagi gout ialah melalui mikroskopi cahaya bagi bendalir sendi yang disedut dari sendi (ujian ini mungkin susah untuk dilaksanakan) untuk menunjukkan hablur-hablur urat monosodium intrasel di dalam leukosit polimorfonukleus bendalir sinovia. Hablur urat dikenal pasti melalui dwirefringens di bawah mikroskopi terkutub, serta morfologi bak jarumnya. Seseorang pemerhati yang terlatih boleh membezakannya daripada hablur-hablur yang lain.
Peringkat gout
Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:
- asimptomatik
- akut
- interkritikal
- kronik.
Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.
Rawatan
Rawatan peringkat pertama untuk serangan akut harus merupakan melegakan kesakitan. Sebaik sahaja diagnosis disahkan, drug-drug pilihan ialah indometasin dan drug-drug anti keradangan bukan steriod (NSAID) yang lain, atau glukokortikoid intraartikular yang diberikan melalui suntikan sendi.
Pada suatu ketika, kolkisin adalah drug pilihan untuk serangan-serangan gout yang akut. Drug ini mengurangkan keupayaan granulosit untuk bergerak dan boleh menghalang fenomena keradangan yang memulakan serangan gout. Kolkisin harus dimakan dalam tempoh 12 jam pertama dari permulaan serangan dan biasanya akan melegakan kesakitan dalam tempoh 48 jam. Kesan sampingan utamanya ialah gangguan gastrousus. NSAID kini merupakan bentuk analgesia yang diutamakan untuk pesakit-pesakit gout.
Sebelum bantuan perubatan dapat diperoleh, sesetengah ubat yang dijual di kedai farmasi boleh memberikan kelegaan sementara untuk kesakitan dan bengkak. NSAID seperti ibuprofen boleh mengurangkan sedikit kesakitan dan keradangan, tetapi aspirin harus tidak digunakan kerana drug ini boleh memburukkan lagi keadaan itu. Salap buasir sediaan H boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak secara sementara. Untuk jangka panjang, rawatan perubatan profesional diperlukan.
Pembedahan
Untuk kes-kes gout yang keterlaluan, pembedahan mungkin diperlukan untuk menghapuskan tofus yang besar serta untuk membetulkan kecacatan sendi.
Rawatan Tradisional
1.)Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang. 2.)Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.
Cadangan untuk melegakan kesakitan
Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.
Bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah[perlu rujukan] penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri.
Pemerhatian lain
Kulit mungkin akan gugur, disebabkan bengkak yang berpanjangan di sekitar sendi terjejas. Ini paling ketara ketika jari-jari kaki terlibat dan mungkin akan mengakibatkan jangkitan kulat di kawasan antara jari-jari kaki jika kawasan-kawasan itu lembap. Rawatlah keadaan ini dengan cara yang sama sahaja dengan kutu air.
Sejarah
Secara tradisi, gout dianggap sebagai satu penyakit yang dihidap hanya oleh mereka yang merosot akhlak serta malas, disebabkan makanan-makanan yang mengakibatkannya hanya dapat banyak dimakan oleh mereka yang kaya. Mangsa sterotaip ialah seorang lelaki pertengahan umur yang sangat gemuk serta malas dan yang makan dan minum terlalu banyak makanan berlemak serta alkohol, dengan wain port sering disebut sebagai sebab yang khusus.
Mungkin diakibatkan oleh perhubungan tradisi antara kekayaan dan kenal huruf, gout merupakan salah satu penyakit yang paling biasa dilaporkan dalam sejarah.
Galen, pakar bedah gladiator Rom, menghuraikan gout sebagai pelelehan empat humor badan pada jumlah yang tidak seimbang ke dalam sendi-sendi. Istilah bahasa Latin untuk titis (iaitu titis lelehan) ialah gutta — istilah "gout" berasal daripada perkataan ini.
RAWATAN ALTERNATIF HPA
HPA (Herba Penawar Al-Wahida) berasal dari Perlis dan sudah lama berada di kalangan masyarakat. HPA menawarkan ubatan herba alternative kepada drug yang dibekalkan klinik dan hospital. Penggunaan ubatan hospital buat jangka masa yang lama memberikan kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan. Penawar herba yang dicadangkan untuk merawat gout adalah sinergi ubatan ARDISIA, MALAC dan juga TEH HERBA.
ARDISIA
Produk yang menggunakan herba Ardisia Crispa (Mata Pelanduk) yang berfungsi untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan yang terdapat pada bahagian sendi-sendi. Keadaan ini apabila tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya sakit pada sendi dan peradangan hingga bengkak. Asid urik yang berlebihan ini merupakan punca utama terjadinya penyakit Ghout dan Athritis. Asid urik ini akan dikeluarkan melalui air kencing.
Herba ini bersifat diuretik dan akan memperbanyakkan pengeluaran air kencing. Pengguna dinasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari. Selain itu, Ardisia juga dapat menurunkan panas dalam serta menurunkan tekanan darah tinggi.
RM24
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ardisia Crispa
2. Carica Papaya.
3. Morinda Eliptica
4. Micromelum Longifolia
5. Cinamomum Iners.
Dos :
Amalkan 3 kapsul pada waktu pagi dan 3 kapsul pada waktu malam. Amalkan bersama Teh Herba dan Malac untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
Amalkan 3 kapsul pada waktu pagi dan 3 kapsul pada waktu malam. Amalkan bersama Teh Herba dan Malac untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
Kenali Pokok Mata Pelanduk
Pokok Mata Pelanduk, juga dikenali sebagai Pokok Mata Ayam, ialah tumbuhan renek tropika dalam famili Myrsinaceae. Daun pokok ini memanjang dan bergeligih. Nama saintifiknya Ardisia crispa.
MALAC
Herba yang bersifat diuretik (memperbanyakkan air kencing) berfungsi sebagai anti hipertensi (turunkan tekanan darah) dan anti piretik (penurunan panas) amat baik untuk penjagaan ginjal, memecahkan batu karang, penyakit epilipsi (sawan), infeksi saluran kencing, demam campak, dan gout. Bagi penderita Batu Karang (Gallstone) disarankan untuk amalkan bersama Madu Asli bagi tujuan pemecahan batu. Mereka yang menderita kerosakan pada ginjal dicadangkan mengamalkan Malac bersama Herba rebusan Alac. Malac menggunakan herba utama lalang yang telah terbukti amat mujarab dan dicadangkan dijadikan amalan untuk mereka yang menghadapi masalah tersebut.
Malac adalah produk yang terdiri daripada beberapa herba yang memberikan kesan diuretic. Pengambilannya akan menyebabkan berlakunya pengeluaran urin yang banyak dan tekanan darah akan turut turun. Tindakan herba ini sangat berkesan pada masalah penyempitan saluran darah terutama di buah pinggang yang merupakan salah satu penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi. (Darah Tinggi & Terapi Herba)
RM24
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Bamboo Spp
3. Imperata Cylindrica
2. Bamboo Spp
3. Imperata Cylindrica
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada tengahari dan 2 kapsul pada malam.
Amalkan 2 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada tengahari dan 2 kapsul pada malam.
TEH HERBA
Dibuat daripada 100% pokok pegaga yang terdiri daripada akar, daun dan batang yang mengandungi bahan akktif yang dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Ia juga baik untuk masalah darah tinggi yang disebabkan oleh hormon pil perancang.
Produk ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba yang mempunyai ciri pahit ini mengandungi antioksidan (sejenis ester gluko peiranosil) yang amat baik untuk merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak). Teh Herba juga mujarab untuk radang tenggorokan, batuk, radang usus serta mengandungi anti oksidan yang tinggi.
RM22
Kelebihan Teh Herba:
1. Mengatasi penyakit kencing manis dan darah tinggi.
2. Mengurangi kadar lemak setelah mengambil secara berterusan selama 2 minggu. Badan akan terasa ringan dan segar.
3. Mengatasi masalah sembelit dan angin.
4. Melancarkan pembuangan air besar dan membantu mengeluarkan toksid akibat sembelit.
5. Menurunkan kadar asid urik yang berlebihan akibat penyakit kulit.
6. Menghilangkan sakit kepala akibat migrain.
7. Menghaluskan kulit dan mengatasi masalah penyakit kulit
8. Menguatkan imunisasi bagi mencegah penyakit.
9. Menguatkan sel otak dan baik untuk minda.
10. Sangat baik untuk wanita yang mengandung dan setelah melahirkan anak.
11. Mengatasi maslah kencing manis dengan menurunkan kadar glukosa dan menyembuhkan gengren.
12. Mencegah masalah kardiovaskular.
13. Baik untuk wanita yang menopouse dan osteoporosis.
Perancang Kehamilan
Pengambilan Teh Herba enam uncang sehari boleh membantu menjarakan kelahiran. Masukan 2 uncang dalam gelas dan masukan air panas yang baru mendidih serta ditutup agar wapnya tidak keluar.
Komposisi (35 uncang per kotak) :
Hydrocotyle Asiatica
Hydrocotyle Asiatica
Dos :
Minum sekurang-kurang 1 uncang setiap hari dan masukkan ke dalam air panas (60 darjah celcius). 1 uncang boleh menghasilkan 3 gelas. Jangan gunakan air mendidih kerana ini akan memusnahkan klorofil. Amat berkhasiat jika dicampur dengan Madu Asli.
Minum sekurang-kurang 1 uncang setiap hari dan masukkan ke dalam air panas (60 darjah celcius). 1 uncang boleh menghasilkan 3 gelas. Jangan gunakan air mendidih kerana ini akan memusnahkan klorofil. Amat berkhasiat jika dicampur dengan Madu Asli.
TESTIMONI PENGGUNA HERBA HPA
NAMA: NURUL AFIQAH OSMAN, 19 TAHUN.
KERJAYA: PELAJAR (STPM)
KERJAYA: PELAJAR (STPM)
“Sebelum mengenali HPA, saya sering keluar masuk hospital kerana penyakit asma yang teruk selain sesunggut. Boleh dikatakan, sebulan dalam dua atau tiga kali saya terpaksa mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke hospital. Ubat dan ‘inhaler’ (ubat asma dalam bentuk sedutan) terpaksa dibawa ke mana saja saya pergi. Alhamdulillah, selepas mengenali HPA pada 2005 dan mengamalkan beberapa produk seperti Kopi Radix dan beberapa herba yang dicadangkan herbalis HPA, saya kini tidak lagi menghadapi masalah asma dan sesunggut yang sungguh menyakitkan terutama ketika haid.”
NAMA: GHAZALI RAMLEE, 22 TAHUN
KERJAYA: PELAJAR UNIMAS.
KERJAYA: PELAJAR UNIMAS.
“Saya menghadapi masalah usus yang serius sehingga menganggu pembelajaran saya di universiti. Apabila mengenali HPA dan menerusi nasihat herbalis saya mengamalkan herba Pelawas, Tuju Angin dan Kopi Radix. Syukur kepada Allah SWT kerana penyakit saya kini hilang selepas mengamalkannya selama enam bulan.”
NAMA: EMILLIA BACHEE, 30 TAHUN
STATUS: AHLI HPA SARAWAK.
STATUS: AHLI HPA SARAWAK.
“Saya mempunyai ‘sis’ (ketumbuhan) pada ovari dan doktor memaklumkan tidak boleh melahirkan anak. Namun, semuanya terletak pada kuasa Allah SWT kerana selepas mengamalkan produk HPA seperti Kopi Radix, Paramaria Plus dan beberapa herba lagi, ‘sis’ itu hilang. Saya kini berdoa untuk memperolehi zuriat.”
NAMA: ZAHRAH MINAN, 34 TAHUN
BRKERJAYA : PEGAWAI JABATAN AGAMA ISLAM.
BRKERJAYA : PEGAWAI JABATAN AGAMA ISLAM.
“Saya mengalami masalah gastrik yang cukup teruk sejak 1994 lagi. Lambat makan saja, peluh dingin akan mula keluar dan perut terasa sakit yang amat sangat. Pada masa itu, setiap apa yang masuk ke dalam perut, akan keluar semula. Alhamdulillah, sejak mengenali produk HPA dan mengamalkan Kopi Radix serta Ubat Tuju Angin, penyakit gastrik saya hilang sama sekali.”
NAMA: ROKIAH BOHARI, 42 TAHUN
KERJAYA: LEADER SARAWAK
KERJAYA: LEADER SARAWAK
“Anak saya seorang yang ‘avarage’ sederhana saja di dalam kelas sebelum ini. Namun, dengan mengamalkan Omega 3, anak saya kini lebih berkeyakinan dan ‘menangkap’ pembelajaran di kelas dengan cukup mengkagumkan. Malah, anak saya juga dilantik sebagai fasilitator kelasnya dan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan.”
NAMA: JEFRI ARMANDO DAN ANAKNYA, MUHAMMAD AQIL FIRDAUS, 2 BULAN
KERJAYA: AHLI HPA SABAH
KERJAYA: AHLI HPA SABAH
“Isteri saya mengamalkan minum Kopi Radix sejak Muhammad Aqil di dalam kandungan lagi. Nyata sebaik dilahirkan, anak saya ini lebih cerdas dan pintar. Malah, ketika berusia satu bulan, dia mula menunjukkan tanda untuk berdiri dan tidak suka berbaring.”
NAMA: PRIZYLL JINIK, 20 TAHUN
ASAL: KOTA MARUDU, SABAH
ASAL: KOTA MARUDU, SABAH
“Saya mengalami masalah tangan pecah sejak kanak-kanak lagi. Perubahan cuaca dan menggunakan bahan pencuci atau sabun yang tidak sesuai akan mengakibatkan tangan saya mengelupas dengan teruk dan keadaan itu sungguh menyakitkan. Namun, atas nasihat ibu saudara saya juga ahli HPA, saya mengamalkan Teh Herba dan masalah saya hadapi itu, terus hilang,”
NAMA: SUZI SUGING BINTI ROBUYUT
STATUS: STOKIS HPA INANAM, SABAH
STATUS: STOKIS HPA INANAM, SABAH
“Saya menghadapi masalah stres dan mirgrain sungguh lama. Ubat moden sudah banyak digunakan tetapi hanya bersifat penahan sakit. Selepas menggunakan Herba Tuju Angin dan beberapa herba lain, penyakit saya hilang sama sekali. Kina, saya menjadi stokis HPA kerana berasa yakin dengan produk keluaran syarikat ini selepas menggunakannya sendiri.”
Sumber: Majalah HPA News Edisi bulan Mei 2007
Produk-produk HPA :
![]() | Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia. |
![]() | Dikilangkan mengikut standard Good Manufacturing Practice (GMP) |
![]() | Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) |
![]() | Mendapat pengiktirafan ISO 9001-2000 |
![]() | Menggunakan 100% herba |
SET LENGKAP RAWATAN GOUT HPA
RM 70 + RM 7 (POS) = RM 77 (SEMENANJUNG)
RM 74 + RM 10 (POS) = RM 84 (SABAH/ SARAWAK)
zailah said,
Semasa saya melahirkan anak ke 3…saya menghadapi kesukaran utk melahirkan bayi saya dan menyebabkan anak saya tersangkut di lengan hingga menyebabkan anak saya tidak boleh menggerakkan tangan kirinya…doktor mengatakan anak saya mengalami erb palsy…iaitu kelumpuhan…saya cuba menggunakan minyak but but dan alhamdulilah dalam masa 2 bulan anak saya sudah boleh menggerakkan tangannya sedikit demi sedikit…sehingga hari ini saya tetap menggunakan minyak but but di tangan anak saya…dan dia dah boleh menggerakkan tangan kirinya seperti bayi² normal yg lain….terima kasih HPA
mawardesa said,
1.anak saya mengadu sakit perut,kemudian saya panaskan sedikit pada piring tembikar kemudian sapu diperut secara memutar bersama daun sireh. Alhamdulillah tidak lama sakitnya kurang dan dia mengatakan tak sakit lagi setelah bangun dari tidur.
2.Anak buah mengadu sakit perut kerana perut kosong,saya titiskan sedikit minyak but2 dgn stgh gelas air suam dan campur sedikit madu. kacau n minum. Alhamdulillah pulih.
3.Saya sendiri tiba2 gatal2 mata n merah. kemudian saya sapu minyak but2 atas n bwh kelopak mata. Alhamdulillah ia berkesan.
4.Suami mengalami cirit2,saya syorkan minum minyak but2 satu sudu besar sblm pergi kerja. Alhamdulillah di tpt kerja dia tidak cirit lagi.
Kesimpulannya,minyak but2 patut ada disetiap rumah sbg persediaan awal jika berlaku kecemasan. Terima kasih HPA.
mawardesa said,
Saya ada pengalaman .2 orang anak saya mengalami ekzema sejak kecil.Baru2 ini saya cuba amalkan roselle kapsul,dibuka dan bancuh dgn sedikit air n tambah satu sudu kecil madu,kacau n minum.Bahagian kulitnya saya menggunakan sabuh bayi hpa sbg mandian n sapu bedak delima biji dibancuh dan sapu seluruh badan.
Alhamdulillah stlh sebulan ekzema berkurangan n kulitnya pula semakin pulih,tidak seperti dulu.Selain itu masalah wheezing anak saya pulih bila diamalkan dengan madu.
Terima kasih HPA kerana saya tidak perlu bergantung kepada ubat kimia yang mahal n mengandungi steroid lagi
qutreen said,
saya nak bg pendapat mengenai produk Herba Tuju Angin ni…
dulu sy mmg susah nak buang air besar…3,4 hari sekali baru sy ada rasa nak buang air besar,tp sejak saya amalkan makan herba HPA ni….alhamdulillah masalah buang air besar ni selesai..dan setiap pg sy pasti akan buang air besar dgn lawas sekali..saya dah menggunakan produk ni dah 5 bulan..
saya juga ada tanda2 gout..atas saranan herbalis HPA..sy skrg ambik 6 jenis herba HPA….
1-kopi radix-ni saya ambil 3 peket sehari-alhadulillah rasa ringan badan dan hilang rasa mengantuk di waktu pg
2-mega 3-
3-herba tuju angin
4-HB
5-paramria
6-spirulina
yg pasti sy menggunakan tanpa was2..
alhamdulillah kesihatan sy skrg bertambah baik
Marini said,
Selamat Mencuba..
niza said,
Salinah said,